29 October 2010

RESAH.
Hati dipagut pilu. Tawa yang terluah seiring air mata yang mengalir. Mengapa diri ini tak tegar? Mengapa diri ini terlalu lemah? Tatkala hari tersenyum indah, masa bermain roda, terasa kerdilnya diri di bawah langit. Menghitung tapak yang sudah berlalu, mengira detik yang dahulu, menyusun kenangan dalam tabir rindu. Bilakah akan terubat? Sebak menyempit dada, pedih menimbus nyawa. Di manakah bahagia? Akan adakah gembira? Jasad ini menanti. Diri ini menunggu...

17 September 2010

SEDIH.
Tatkala diri ini terasa dipinggirkan. Hilang tembok kekuatan. Runtuh tebing keutuhan. Maka robohlah mahligai kegembiraan. Musnahlah tirai kebahagiaan. Bila diri ini sedih dan sepi, siapa sahaja yang akan mengerti? Melainkan hati dan perasaan sendiri? Melainkan jiwa dan jasad ini? Siapalah yang dapat merasa duka yang tertanam dan luka yang terukir? Pedihnya. Bila yang diharap pergi, yang dikasih lari, yang tinggal hanya bayang-bayang, setia sejati. Alangkah indahnya jika sepi ini terisi, sedih ini berganti...

24 August 2010

SAKIT HATI.
Penyakit hati yang kekurangan santapan rohani. Kelaknya memakan diri. Perlukah menyakitkan hati sendiri dengan perasaan iri hati dan dengki? Tidakkah engkau yang akan lemas dan tewas pabila terpaksa berperang dengan rasa hati sendiri? Ya, setiap orang pastinya PERNAH alami. Bila di satu tahap, kelemahan diri sendiri diperjudi. Membongkar apa yang tersembunyi, merobek kepercayaan yang suci.

Janganlah engkau mengeruhkan ikatan persahabatan yang telus, hanya kerana engkau dengki dan sakit hati. Terimalah seikhlas hati, terhadap apa yang engkau miliki kerana tak semua boleh hadapi kekurangan diri sendiri.

22 August 2010

Hari ini, saya gembira. Saya mampu tertawa dengan suka, seikhlas hati saya. Saya tak perlu berpura, segalanya bebas terlerai bersama debu-debu masalah yang berterbangan. Saya puas. Puas kerana masih dapat menghirup nafas kegembiraan. Bersama teman atau sahabat? Entahlah, yang pasti mereka membuat saya tersenyum. Tanpa saya berlu berasa hipokrit. Ya, saya ikhlas :)

21 August 2010

GIRL.
Awak tahu tak awak annoying sangat? Seriously, saya pernah ada niat nak berkawan dengan awak tapi makin lama perangai awak, urghhh~ Okay, saya menyampah gila. Oh awak, macamlah awak seorang saja yang ada boyfriend dalam dunia ini. Macamlah awak seorang saja yang loving couple dengan balak awak itu. Ya Allah, tolonglah. Saya tak pernah ada niat nak jealous or so whatever dengan awak. Saya tak terdesak pun nak ada boyfriend semata-mata nak jaga saya dekat SINI. Matured-lah awak. Lepas ini, saya akan delete awak. So, no worries!


MAAF.
Andai ada yang terasa. Sudah semestinya saya tidak bermaksudkan bahawa anda orangnya. Sebab gerangan yang sepatutnya terasa itu mungkin tak akan perasan dengan blog ini.
Dia sekampus dengan saya.

That's all.

20 August 2010

Have u ever felt so alone and nothing makes sense?
Well that how I feel right now.
I feel like I am facing everything myself with nothing but tears and a fake smile.
Life is meaningless if you do not know how appreciate it.