20 August 2010

Hidup.
Tak semestinya indah. Ada coretan gembira. Ada coretan bahagia. Ada coretan suka. Namun, pastinya hidup itu tidak akan lengkap. Jika tiadanya sulaman duka. Sulaman hiba. Dan sulaman derita. Semuanya sudah tersurat. Semuanya terkandung yang tersirat. Dugaan, ujian dan cabaran bertali arus. Untuk apa? Untuk membina tembok kekuatan. Untuk membina benteng ketabahan. Lantas, terpacaklah pagar semangat. Tertanamlah tekad. Kerana hikmah telah diukir di sebalik keperitan itu. Itulah hadiah kamu, wahai insan yang diuji :)