24 August 2010

SAKIT HATI.
Penyakit hati yang kekurangan santapan rohani. Kelaknya memakan diri. Perlukah menyakitkan hati sendiri dengan perasaan iri hati dan dengki? Tidakkah engkau yang akan lemas dan tewas pabila terpaksa berperang dengan rasa hati sendiri? Ya, setiap orang pastinya PERNAH alami. Bila di satu tahap, kelemahan diri sendiri diperjudi. Membongkar apa yang tersembunyi, merobek kepercayaan yang suci.

Janganlah engkau mengeruhkan ikatan persahabatan yang telus, hanya kerana engkau dengki dan sakit hati. Terimalah seikhlas hati, terhadap apa yang engkau miliki kerana tak semua boleh hadapi kekurangan diri sendiri.